Karier awal politik Bernie_Sanders

Kempen Kesatuan Kebebasan

Sanders memulakan karier politik beliau pada tahun 1971 sebagai ahli Parti Kesatuan Kebebasan. Beliau bertanding sebagai calon Parti Kesatuan Kebebasan untuk gabenor Vermont pada tahun 1972 dan 1976 dan sebagai calon untuk senator A.S. pada tahun 1972 dan 1974.[16] Dalam pilihan raya tahun 1974, Sanders menduduki tempat ketiga (5,901 undi; 4.1%) dibelakang pemenang, Patrick Leahy (D, VI; 70,629 undi; 49.4%) dan Dick Mallary (R; 66,223 undi; 46.3%).[17][18] Pada tahun 1979, Sanders meletak jawatan dari parti itu dan bekerja sebagai penulis dan pengarah untuk Persatuan Sejarah Orang Amerika (APHS).[19] Semasa bersama APHS, beliau membuat sebuah dokumentari 30-minit tentang pemimpin Sosialis Amerika Syarikat dan calon presiden, Eugene V. Debs.[20]

Datuk Bandar Burlington

Pada tahun 1981, Sanders bertanding untuk datuk bandar Burlington dan mengalahkan penyandang dari Parti Demokrat, Gordon Paquette.[21][22] Sanders dipilih semula sebanyak tiga kali, mengalahkan kedua-dua calon Demokrat dan Republikan. Beliau menerima 53% undi pada tahun 1983 dan 55% pada tahun 1985.[23] Dalam pilihan raya terakhirnya untuk datuk bandar pada tahun 1987, Sanders mengalahkan calon Demokrat, Paul Lafayette.[24] In 1987, U.S. News ranked Sanders as one of America's best mayors.[25] Selepas berkhidmat empat penggal, Sanders memilih untuk tidak bertanding semula pada tahun 1989.

Rujukan

WikiPedia: Bernie_Sanders http://www.bloomberg.com/politics/articles/2015-05... http://www.burlingtonfreepress.com/story/news/loca... http://www.chicagomag.com/Chicago-Magazine/Felsent... http://www.cnn.com/2015/04/30/politics/bernie-sand... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://media.cq.com/members/509?rc=1 http://articles.latimes.com/1985-04-28/news/vw-215... http://mic.com/articles/117674/bernie-sanders-rais... http://mic.com/articles/122011/watch-young-senator...